MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA SPM 2023

Selesai sudah majlis solat hajat sempena SPM 2023. Semoga calon-calon yang menduduki SPM ini dapat teruskan berusaha, tetap fokus, dan percaya kepada diri sendiri dan seterusnya berjaya menghadapi SPM 2023 dengan beroleh keputusan yang cemerlang.

Objektif program yang dijalankan ini adalah:

  1. Melahirkan murid yang taat dan patuh kepada Allah.
  2. Memohon doa untuk kejayaan yang cemerlang dalam SPM
  3. Melahirkan murid yang sentiasa ingat kepada Allah apabila ingin memohon sesuatu.
  4. Merapatkan pemuafakatan dan kesepakatan antara sekolah dengan ibu bapa dalam meningkatkan kemenjadian murid.

Author: smkrpkel