MAJLIS APRESIASI BAKAT DAN KEMENJADIAN MURID 2023

Memberikan Pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya mendapat tempat di peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa adalah suatu penghormatan yang patut diberikan. Ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif murid-murid dalam kegiatan kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) sehingga mencapai prestasi yang cemerlang.

Selain itu, usaha ini diambil untuk mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman dalam sistem pengiktirafan kokurikulum dan HEM di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan kebangsaan. Ini dapat membantu mengekalkan standard yang tinggi serta memberikan keadilan kepada setiap murid yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Tidak hanya itu, ini dilakukan bagi menyemarakkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid-murid, membina semangat untuk menyertai pasukan elit sekolah. Dengan ini, setiap murid berpeluang untuk berkembang dan memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.

Selain itu, ini adalah satu penghargaan untuk murid yang hadir penuh ke sekolah dan seterusnya dapat memberikan motivasi kepada murid-murid lain dan seterusnya meningkatkan peratus kehadiran dan meningkatkan keseronokkan murid untuk hadir ke sekolah.

Author: smkrpkel