PROGRAM ‘I SEE U’ , BICARA SANTAI TUAN PPD KUALA KANGSAR BERSAMA-SAMA CALON SPM 2022

Pada khamis, 19 Januari 2023 yang lalu, PPD Kuala Kangsar, En, Safuan bin Haji Raba’ai telah hadir ke SMK Raja Perempuan Kelsom untuk bersama-sama dengan guru-guru tingkatan 5 serta calon SPM 2022 dalam satu bual bicara santai.

Sesi bual bicara yang berlangsung selama satu jam itu diisi dengan motivasi kepada murid, perkongsian analisis pencapaian murid dalam peperiksaan percubaan dan harapan PPD Kuala Kangsar bagi SPM 2022 nanti.

Author: smkrpkel