MAJLIS APRESIASI BAKAT DAN KEMENJADIAN MURID 2022

Pengenalan/ Latar Belakang Program
Majlis Apresiasi Bakat dan Kemenjadian murid Tahun 2022 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom merupakan satu majlis penghargaan kepada murid-murid yang telah memberikan komitmen berterusan, aktif serta mencapai tempat terbaik dalam aktiviti Kokurikulum dan HEM. Majlis seumpama ini amat perlu diadakan pada setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan murid. Secara tidak langsung juga program ini dapat meningkatkan motivasi murid supaya lebih bersemangat menyertai aktiviti Kokurikulum dan HEM pada masa masa akan datang walaupun dalam keadaan yang mencabar akhir akhir ini.

Objektif
1. Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya mendapat tempat di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
2. Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam kegiatan Kokurikulum dan HEM sehingga ke peringkat yang tinggi.
3. Mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman pengiktirafan Kokurikulum dan HEM di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
4. Menyemarakkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid-murid supaya dapat menempatkan diri dalam pasukan elit sekolah.
5. Mewujudkan semangat rajin hadir ke sekolah

Author: smkrpkel