SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Warga SMK Raja Perempuan Kelsom dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambut Syawal, khususnya kepada semua guru, staf, pelajar, ibu bapa, serta komuniti sekolah.

Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara kita. Marilah kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran serta keinsafan, dan terus memupuk semangat perpaduan serta kasih sayang.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi.

🌙 Salam Aidilfitri daripada Warga SMK Raja Perempuan Kelsom! 🌙

Author: smkrpkel