Pengenalan
Ramadan merupakan satu bulan yang mempunyai seribu keberkatan. Dalam bulan ini umat Islam diperintahkan supaya melakukan ibadah puasa, bertadarrus, solat terawih dan memperingati peristiwa bersejarah iaitu Nuzul al-Quran. Untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini, satu perancangan telah dibuat untuk mendedahkan kepada murid tentang keistimewaan bulan ini. Program ini juga dirancang untuk menyemai sifat taat dan takut kepada Allah SWT supaya menjadi murid yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Objektif
- Melahirkan murid yang seimbang dari segijasmani, emosi, intelek dan sosial selarasdengan Falsafah Pendidikan Kkebangsaan.
- Menjadikan sambutan sebagai wahana untuk mengisi kekosongan jiwa bagi meningkatkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga pendidik dan murid.
- Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.




