
Pada 15 September 2023, telah berlangsungnya program penutupan sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2023. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Aktiviti Bulan Kemerdekaan:
- Kuiz Kemerdekaan
- Melukis Poster/ Kad Ucapan Merdeka
- Pertandingan Jump Rope Merdeka
- Bacaan Yassin Khas Kemerdekaan
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Objektif pelaksanaan program kemerdekaan:
- Memperkukuhkan Kesedaran Kemerdekaan: Menyediakan platform bagi pelajar dan warga sekolah untuk lebih memahami sejarah kemerdekaan negara dan nilai-nilai yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.
- Mengukuhkan Semangat Patriotisme: Mendorong rasa cinta dan kesetiaan terhadap negara serta membangkitkan semangat untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
- Menggalakkan Keterlibatan Aktif: Melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan seni, budaya, dan sukan untuk memperkukuhkan hubungan sosial serta memupuk sikap kepimpinan.



