Makluman terkini

Makluman kepada semua murid dan ibu bapa/penjaga:

  1. Kiosk Stesen Basuh Tangan sumbangan Mercy Malaysia dan Maybank telah sedia utk digunakan. Murid dan pelawat digalakkan utk membasuh tangan apabila masuk ke kawasan sekolah,begitu juga sebelum pulang.
  2. Murid Tg 4 dan 5 dilepaskan keluar jam 1.50(bg kelas yg tamat 1.40), dilewatkan 10 minit bertujuan mengurangkan kesesakan di pagar pada waktu balik. Kerjasama ibu bapa/penjaga dalam hal ini amat dihargai.
  3. Semua murid digalakkan membawa bekal makanan dari rumah. Makanan di kantin pula, perlu ditempah sehari sebelum, dan bagi yang berkeperluan, tempahan masih boleh dibuat sebelum jam 7.40 pagi. Murid tidak dibenarkan menempah atau menambah tempahan pada saat-saat akhir atau semasa waktu pdpc sedang berlangsung.
  4. Berikutan semakin ramai murid yg cuai menjaga kad imbasan suhu masing-masing, mulai Rabu,12 Ogos 2020, murid yang terlupa membawa kad, kehilangan kad atau kad rosak, didenda sebanyak RM1.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua menjayakan usaha sekolah dalam mengamalkan norma baharu pasca Covid19.

Author: smkrpkel