
Selamat datang buat anak-anak tingkatan 1 dan murid baharu, dan selamat kembali ke sekolah buat anak-anak SMKRPK sebelum ni.
Minggu pertama persekolahan ini akan dimanfaatkan dengan pelbagai program dan aktiviti berdasarkan 6 Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah yang dinyatakan dalam SPI KPM BIL. 5 TAHUN 2023 – PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN MULAI SESI AKADEMIK 2023/2024 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah seperti yang berikut:
- Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang;
- Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
- Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai;
- Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti;
- Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan
- Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi.
