Pada 19 dan 20 Jun 2026, telah berlangsung Program Perkhemahan Unit Beruniform SMK Raja Perempuan Kelsom bertempat di Aina Homestay, Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Program yang melibatkan ahli-ahli unit beruniform ini bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Sepanjang perkhemahan, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik dan mencabar seperti ceramah serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Pertolongan Cemas, pertandingan memasak dan ikhtiar hidup, malam bakat (Got Talent), latihan kawad kaki, pertandingan membuat gajet, ikatan tali dan simpulan dan pemasangan khemah.
Program ini berjaya memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran asas perkhemahan, ikhtiar hidup dan pertolongan cemas di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta. Diharapkan pengalaman yang diperoleh dapat membentuk murid yang lebih berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.



