
Objektif
1.3.1 Meningkatkan Semangat Patriotisme:
Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid bertujuan untuk membangkitkan rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan murid. Jalur Gemilang adalah simbol perpaduan dan kemerdekaan. Pemakaian lencana Jalur Gemilang dapat melatih murid untuk menghargai sejarah negara serta menghormati lambang kebanggaan negara.
1.3.2 Memupuk Perpaduan:
Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid juga melambangkan perpaduan antara murid dari pelbagai kaum, budaya dan latar belakang di Malaysia. Sebagai negara yang berbilang bangsa, penggunaan lencana ini mengingatkan murid tentang kepentingan memupuk perpaduan yang dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.
1.3.3 Menonjolkan Identiti Kebangsaan:
Pakaian seragam murid yang dilengkapi dengan lencana Jalur Gemilang mencerminkan identiti kebangsaan dan dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.
1.3.4 Mewujudkan Sikap Bertanggungjawab dan Berdisiplin:
Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid juga mendidik tentang sikap bertanggungjawab dan berdisiplin. Lencana ini bukan hanya sekadar hiasan, tetapi simbol penting yang perlu dihormati.
1.3.5 Sebagai Tanda Penghormatan terhadap Negara:
Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid adalah satu cara untuk menunjukkan simbol penghormatan terhadap negara, yang dilambangkan oleh bendera itu sendiri. Ini adalah satu cara yang mudah dan jelas bagi murid untuk menyatakan kesetiaan mereka kepada negara dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya, seperti kemerdekaan, kedaulatan dan perpaduan.
1.3.6 Memupuk Perasaan Bangga terhadap Negara:
Selain itu, penggunaan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah juga dapat meningkatkan rasa bangga murid terhadap negara seterusnya menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.
RUJUKAN: Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang (PDF)