
Kejohanan Olahraga SMKRPK Kali ke-71 ini telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan ini dirasmikan oleh Y. BHG DATUK ZAIZALNIZAM BIN ZAINUN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN NURJIWA.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Terima kasih kepada para guru, staf, ibu bapa, dan para pelajar dan tetamu yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Tidak lupa juga kepada para penaja yang telah memberikan sumbangan dalam kejohanan kali ini.
Kejohanan Olahraga kali ke-71 ini bukan sahaja telah mengukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan antara semua warga SMK RPK. Semoga semangat ini terus berkekalan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang. #rpkcemerlang
KEPUTUSAN KEJOHANAN
- NILAM
- BAIDURI
- DELIMA
- ZAMRUD




