Majlis Pelantikan Teraju Muda 2022

Majlls Pelantikan Teraju Muda mempakan majlis pengiktirafan, pentauliahan dan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin murid yang dipilih mewakili Badan Kepimpinan Murid di peringkat sekolah. Selain itu, majlis ini merupakan satu wacana untuk mencungkil potensi diri murid dari segi kepimpinan selaras dengan salah satu daripada 6 aspirasi murid yang
digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Badan
Kepimpinan Murid di SMK Raja Perempuan Kelsom terdiri daripada
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan
Sebaya, Pemimpin Muda Sukan, Mailis Ketua Tingkatan, Majlis Tertinggi
Asrama,  Pemimpin Tertinggi Koperator dan Pengawas SPBT. Bakat
kepimpinan yang bakal dicungkil dari Badan Kepimpinan Murid inilah yang
akan digilap untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan cemerlang dan penuh akauntabiliti.

8 Badan Kepimpinan Murid di SMK Raja Perempuan Kelsom:


1. Pengawas Sekolah,

2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah, 

3. Pembimbing Rakan Sebaya,

4. Pemimpin Muda Sukan, 

5. Majlis Ketua Tingkatan,

6. Majlis Tertinggi Asrama,  

7. Pemimpin Tertinggi Koperator 

8. Pengawas SPBT

Author: smkrpkel